Azalina Mesra Bersama Masyarakat India Di Ladang Silau

pilihanraya kecil Port Dickson

7 Okt, Port Dickson - Ketua UMNO Pengerang, Dato’ Sri Dr Azalina Othman bersama lebih 50 jentera daripada UMNO Pengerang telah turun padang berkempen bagi memastikan kemenangan calon BN.

Kempen yang bermula pada jam 2.00 petang itu lebih memberi tumpuan kepada kawasan pengundi Cina dan India di kawasan peniaga-peniaga kedai dan kawasan ladang. Ia kemudianya diikuti dengan lawatan rumah ke rumah yang tertumpu di kawasan majoriti melayu seperti perkampungan nelayan dan kampung tradisional

Azalina ketika ditemui berkata “Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh PM dilihat kena pada tempatnya apabila tumpuan pembangunan yang diberikan meliputi kepada semua kaum tanpa ada yang dipinggirkan”.

Azalina juga melahirkan harapan beliau, agar pengundi lebih bijak dalam membuat keputusan, bagi memilih mereka yang benar-benar layak dan dapat membantu mereka di masa hadapan, ujar beliau lagi ketika ditanya semasa menyampaikan sumbangan kepada masyarakat India di Ladang Silau.

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply

 

Warning: gzinflate() [function.gzinflate]: data error in /home/parlimen/public_html/wp-content/themes/green/footer.php on line 1